Pages

Labels

Isnin, 24 Disember 2012

Breast Cancer Conditional Outcome Calculator


Bila belek-belek info kat intenet, tajuk ini menarik perhatian aku. "Breast Cancer Conditional Outcome Calculator". Hurmm,,,,,saja syok2. Jangan percaya sangat okay...Ajal maut di tangan tuhan. 
Cara nak guna calculator ini ialah, anda dikehendaki mengisi ruang kosong dengan maklumat tentang kanser anda. Setelah itu, kalkulator ini tolong kirakan untuk ada. Aku dah cuba buat. Keputusan yang aku dapat dari kalkulator ni sama seperti apa yang aku selalu nak tanya onkologist. Jika anda juga kanser survivor, cubalah klik http://www.lifemath.net


Enter patient information:
Factors affecting non-cancer lethality
Current Age:
Factors affecting cancer lethality
Years Since Diagnosis:
Evidence of recurrence:Unknown
No
Tumor Diameter (cm):
# of Positive Nodes:
ER Status:
PR Status:
HER2 Status:
Histological Type:
Grade:
Questions or trouble? Click here for the calculator FAQ
Display as:
Cancer Mortality:_% expected remaining cancer death rate.
Life Expectancy:The remaining chance of cancer death cancer shortens the life expectancy of a__-year-old woman by _ years. (from __years to __ years)

Rabu, 28 November 2012

Bertemu Teman Lama

Malam tadi kawan lama masa zaman sekolah datang menjenguk aku di rumah. Kalau nak diikutkan memang dah terlalu lama kami tidak bertemu iaitu sejak aku taman persekolahan sekolah menengah lagi. Cuba lah bayangkan lamanya. Kami berborak sakan sambil dia dan suami makan roti canai yang dibawanya...hmmm terima kasih. (actually aku yang minta dia tolong belikan sebab badan aku terasa lemah sangat nak keluar malam-malam ni). Sedar tak sedar jam dah menunjukkan pukul 1.30 pagi. Uishhh....so hari ni aku nap sekejap selepas lunch untuk menghilangkan rasa mengantuk yang amat sangat. Anyway hepi sbb masih ada yang sudi  berkunjung dan memberi semangat untuk aku melawan kanser. 


Sabtu, 24 November 2012

Percutian di Cameron Highlands

Sebelum balik ke KL, kami sempat singgah di Cameron Highlands. Aku turut membawa ibu dan 3 anak saudara ku ke KL. Jadi  ramailah rombongan kami ke Cameron Highlands kali ni. Heheheh ...Memang sudah lama kami tidak ke Cameron Highlands. Kali terakhir seingat aku, ketika anak ke dua ku berumur 4 tahun. Sekarang anak aku dah 18 tahun dah.. uishh lamanya. Setiap kali bercuti aku teringat akan anak sulung dan anak ke dua aku yang tidak dapat turut serta kerana belajar. Aku berjanji akan membawa mereka di lain kali. Maaf yer...mama bercuti tanpa kalian..

Cameron Highlands tidak banyak berubah. Yang berubah hanyalah suhunya...tidak lah sejuk sangat diwaktu siang tapi malam nya sangat sejuk. Namun kami suka dan gembira di sana . Itu yang penting. Banyak juga tempat2 yang kami lawati. Antaranya:-

   
A) STRAWBERRY FARM - Memang terdapat banyak strawberry farm sepanjang perjalanan ke Brinchang dan Tanah Rata.


B) STRAWBERRY SHOP- BRINCHANG






C) BHARAT CAMERON VALLEY




D) HONEY BEE FARM





E) AVANT CHOCOLATE



F) FRUITS AND VEGETABLES STALL









G) AGRO TECHNOLOGY PARK







Ice-cream strawberry at Mardi Agro Technology Park


 Honey Stall along the way


Brinchang Night Market



OTW balik ke KL. Kami singgah mandi manda di Lata Iskandar..:-)


Percutian di Kampung Halaman

Percutian kami bermula  di kampung. Sebelum ke kampung kami singgah di Seri Iskandar menghantar anakku kembali ke Uitm. Kemudian kami menuju ke Taiping dan bermalam semalam di sana sebelum bergerak ke Utara.  Yeahhhh...aku pulang... Hampir 8 hari jugak la kami bermalam di sana. Nun di utara tanah air. Pantasnya masa berlalu. Setiap hari ada saja aktiviti yang kami lakukan. Anak ku pulak sibuk bermain dengan sepupu-sepupunya. Gembira betul hatinya. Memandangkan di Kedah, hujan setiap hari maka aktiviti agak terhad. Jadi aku sibuk di dapur mencuba beberapa resepi bersama ibuku. Oh indahnya. 



Dalam masa yang sama sempat menyiapkan beberapa dokumen yang dikehendaki oleh abah. Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar. Bila suamiku mula menunjukkan muka kebosanan maka kami mencari tempat shopping yang sesuai dan tidak lupa bermain bowling bersama. Ya, kampung pun dah maju. Macam KL jugak, macam-macam ada...


Jumaat, 16 November 2012

Salam Maal Hijrah dan x-ray report

Maafkan aku kerana sudah lama tidak up-date blog ini. Pertama sekali syukur Alhamdulilah kerana hasil x-ray tempohari telah berpihak kepada aku. Report radiologist mengatakan itu adalah bayangan nipple aku, bukan lung nodule seperti report yang dibuat pada kali pertama x-ray dulu. Semasa x-ray kali kedua aku meminta radiographer meletakkan nipple marker pada breast aku. Hasilnya kedudukan bayangan tu memang tepat pada nipple aku.



(Gambar ni aku download dari internet bukannya gambar x-ray aku...hehehehe. Tapi keadaannya lebih kurang begini lah apabila aku repeart x-ray with nipple marker (bintik kecik tu) so confirmlah yang dikatakan nodule tu sebenarnya nipple shadow. 


Aku memanjat kesyukuran kepada Allah swt kerana khabar gembira ini. Rasa nak marah jugak pada radiologist yang minta aku buat ct-scan dulu. Dr di oncology meminta aku membatalkan tarikh janji temu untuk ct-scan. Maknanya aku tak perlu buat ct-scan krn tidak ada apa2 yg luar biasa di paru-paru aku. Bayangkanlah beberapa hari aku termenung memikirkan benda ni.

Memandangkan aku sangat happy maka aku, suami dan anak2 pergi bercuti....hehehehe...Ikuti la kisah percutian aku di entry yang berikutnya.

Jumaat, 26 Oktober 2012

Terlepas Flight, Apa yang perlu dilakukan

Pernahkah anda terlepas flight???? Penerbangan antarabangsa pulak tu...huhu...memang stressful. Inilah yang berlaku pada anak aku dua hari lepas. 
Perjalanan dari rumah kami ke KLIA biasanya hanya mengambil masa lebih kurang sejam. Kami keluar agak awal jugak tapi hujan lebat dalam perjalanan hingga tak nampak jalan ditambah pula dengan jam sepanjang jalan (ramai balik kg utk raya) menyebabkan kami sampai sejam jer lagi sebelum penerbangan berlepas. Penerbangan berlepas jam 10, kami sampai jam 9. Kaunter check in dah ditutup seawal 8.40 lagi . So what to do???...wawawa!




Kami bergegas ke kaunter information. Di sana kerani yang bertugas call petugas airline tu. Tanya sama ada bole tak open gate untuk anak aku tapi dorang kata dah tak boleh dah...huhuh

Ini ada beberapa tip untuk anda berdasarkan pengalaman kami. Jangan panik sebab tiket anda tidak akan 'burn'. Masa tu tiket anak aku under MAS la,,,so kami pergi ke kaunter MAS di kaunter C dan D dan rebook semula tiket tu for the next flight. 

Kami hanya kena penalty RM100 sahaja. Mmg la rugikan..tapi kalau tiket burn bertambah la rugi... ribu2 ooo.....Hahahaha. Tiket anak aku di rebook keesokkan harinya pada masa yang sama. So kami balik la rumah dulu. Dapat la aku sembang2 lagi sehari dengan anak aku tu... hehehe

Tip dari aku kalau keadaan ni berlaku pada korang:

1. Jangan panik
2. Pergi ke information kaunter, minta dia org call tanya sama ada boleh
     masuk lagi ke tak. Kalau tak bole... dapatkan info dekat mana korang    
     boleh  rebook tiket tu semula

3. Pergi ke kaunter utk rebook. Jangan balik rumah dulu sebelum rebook tiket yer...Janganlah nak frust sampai nak rebook hari lain pulak sbb penalty berbeza2 ikut tarikh the next flight tu.

4. Dah dapat tiket baru...... Bon Voyage! hahahaha


Have a nice trip>>>



Lung Nodule or Nipple???

Sejak dua tiga hari ni aku asyik nafas pendek2 saja. Ishh kenapa pulak nih. Aku beritahu Dr. Aku diarahkan buat x-ray. Bila result x-ray keluar aku dimaklumkan ada lung nodule saiz 1.2cm di paru-paru sebelah kiri. Ya Allah, aku hanya tinggal 2 hari saja lagi radio terapi. Kenapa jadi begini. Aku dah buat kimo 6 kali, radioterapi dah 21 kali, makan ubat hormon setiap hari.
Bertalu2 aku tanya doktor, adakah lung nodule tu menunjukkan ianya cancerous. Dr di oncology kata, jangan risau. Katanya BUKAN, kerana lokasinya tepat pada kawasan nipple. Dr kata mungkin itu bayangan nipple aku. Yer ke boleh jadi macam tu. Habis!!! kenapa report radiology mengatakan ada lung nodule. Aku tak faham sungguh!!! Selama ni, aku buat x-ray tak pernah pun jadi macam tu. Setelah semalaman berfikir, aku ambil keputusan untuk buat ct scan dan dijadualkan pada 22 November nanti. Secara jujur mmg aku sangat takut....huhuhuhu....Janganlah sampai kanser aku merebak ke paru-paru pulak.
Aku menaruh harapan yang sangat tinggi untuk sembuh. Aku mengharapkan rahmat dan rahim Allah semoga meringankan beban kesakitan aku dan sembuh sepenuhnya.
Isnin depan aku akan repeat x ray sekali lagi. Mudah2an apa yang dilihat pada x-ray yang lalu tidak ada lagi,,,,,

Sabtu, 20 Oktober 2012

Penyelesaian Kemalangan Kecil

Seperti yang aku janjikan, aku sambung balik cerita tentang suami aku langgar kereta MYVI tu. Malam tu suami dengan anak lelaki aku pergi buat report. Setelah pegawai membuat siasatan, suami aku tidak dikenakan sebarang compound. Alasan tidak pulak diberikan. Tak bersalahlah agaknya...heheheheh .Jadi kira setel la. India tu pun pergi time yang sama sbb dorang dah janji nak jumpa kat sana. So close case!!! Alhamdulilah....

Walau apa pun korang bacalah entry aku sebelum ni sebagai panduan. Malang tidak berbau kan... Jadi tak payahlah bertekak2 di tepi jalan menyalahkan antara satu sama lain. Buang masa saja. Ikut sajalah panduan yang diberikan tu. InsyaAllah segalanya dipermudahkan.....bye....

Jumaat, 19 Oktober 2012

APAKAH PERKARA PERLU KITA BUAT JIKA BERLAKU KEMALANGAN? DAN APAKAH TINDAKAN KITA?


Kadangkala kita lihat apabila berlaku kemalangan, kedua2 pihak sibuk bertelagah sehinggakan berlaku kesesakan. Bukankah menganggu orang lain namanya. Sebagai seorang wanita, saya terpanggil untuk berkongsi info ini kerana kaum hawa biasanya lebih panik. Time tu la kalut nak call suami, call sana, call sini. Sebenarnya kita punya cukup masa untuk menyelesaikannya selagi kemalangan itu tidak melibatkan apa2 kecederaan. Cuma kemek2 saja kan....Info ini saya dapat dari akuanakpahang.blogspot.com


Mungkin malang tidak berbau... bagaimanakah jika sesuatu kemalangan itu telah berlaku? dan apakah tindakan utama kita? Mungkin kita telah berada disituasi panik atau sudah tergamam. Mungkin kita sudah tidak mampu berfikir dan berbuat apa-apa. 



1. APAKAH YANG PERLU ANDA LAKUKAN SEKIRANYA TERLIBAT DALAM KEMALANGAN JALAN RAYA?
Anda hendaklah membuat laporan Polis di Cawangan Trafik atau di mana-mana Balai atau Pondok Polis berhampiran mengikut Seksyen 52 Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987. Petugas di kaunter pertanyaan DIWAJIBKAN menerima repot mengenai kemalangan jalan raya.

2. APAKAH PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU UNTUK MEMBUAT LAPORAN POLIS MENGENAI KEMALANGAN JALAN RAYA?
Anda haruslah mengetahui tarikh, masa, tempat kejadian, bagaimana kejadian kemalangan itu berlaku dan kenderaan terlibat (jika ada) berdasarkan Seksyen 107 Kanun Prosedur Jenayah.

3. APAKAH DOKUMEN YANG ANDA PERLU BAWA SEMASA MEMBUAT LAPORAN POLIS?
Anda haruslah membawa kad pengenalan diri, lesen memandu dan cukai jalan manakala kad pendaftaran kenderaan dan polisi insuran kenderaan boleh diserah kemudian kepada pegawai penyiasat menjalankan siasatan kemalangan jalan raya itu.

4. APAKAH TINDAKAN PEGAWAI PENYIASAT (I.O) SEMASA ANDA MEMBUAT LAPORAN POLIS?
Pegawai Penyiasat / Penolong Pegawai Penyiasat / Ketua Polis Balai atau mana-mana Sarjan di Balai yang menerima repot polis dikehendaki menjalankan siasatan awal bagi semua kes kemalangan jalan raya. Pegawai Penyiasat kes akan merakam percakapan anda dan saksi, mengambil gambar kenderaan terlibat dan mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan serta menjalankan siasatan di tempat kejadian dan menyediakan rajah kasar sekiranya kejadian berlaku di kawasan pentadbiran Balai yang menerima repot.

5. BAGAIMANA JIKA KEMALANGAN JALAN RAYA TELAH BERLAKU DI LUAR DAERAH / KONTINJEN?
Petugas kaunter pertanyaan yang menerima repot polis mengenai kemalangan jalan raya dikehendaki memaklumkan kejadian kepada Balai Trafik daerah berkenaan untuk mendapatkan nombor repot dan nama Pegawai Penyiasat bertugas. Pegawai Penyiasat atau mana-mana Sarjan di Balai yang menerima repot polis dikehendaki menjalankan siasatan awal bagi semua kes kemalangan jalan raya dengan mengambil tindakan merakam percakapan pengadu dan saksi, mengambil gambar kenderaan terlibat dan mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan sebelum menyerahkan dokumen siasatan awal kepada Pegawai Penyiasat Trafik di mana kemalangan tersebut berlaku dan Pegawai Penyiasat Trafik dari daerah di mana tempat kemalangan itu berlaku akan mengambil alih siasatan seterusnya

6. BILA PEGAWAI PENYIASAT (I.O) AKAN MEMAKLUMKAN KEPUTUSAN ATAU PERKEMBANGAN SIASATAN KEMALANGAN?
Untuk kes kemalangan maut dan cedera parah Pegawai Penyiasat akan memaklumkan dalam masa 30 hari selepas kemalangan manakala bagi kemalangan biasa ialah 15 hari selepas kemalangan.

7. BILA DOKUMEN SIASATAN AKAN DIBEKALKAN KEPADA ANDA SETELAH MEMBUAT PEMBAYARAN?
Salinan repot akan dibekalkan serta merta atau tidak melebihi 3 hari bekerja manakala bagi rajah kasar dan gambar kemalangan adalah tidak melebihi 15 hari. 

Dugaan datang dan pergi...silih berganti

Hari ini kereta aku rosak jadi aku pergi PPUM dengan kereta suami. Aku sampai agak lewat, hampir pukul 10.30 dengan ditemani suami tercinta. Selepas menghantar aku, suami ke JPJ renew road tax.Bila urusan selesai, dia datang balik ke klinik radioterapi. No giliran aku 34, nombor yang baru dipanggil 13...hmmm masaklah  nak tungguni!!! Nasib baik ler ada kengkawan radio yang sama2 menunggu giliran maka kami pun borak2lah. 
Bila suami datang, aku minta dia jemput anak di sekolah dulu. Aku beritahu dia, aku balik sendiri nanti. Suami aku tu bukan dia harap sangat kalau aku balik sendiri. Dia selalu kata, nanti aku pengsan la...apa la...Aku paksa dia tinggalkan aku kat situ. 
Bila suami pegi tempat parking dan memandu keluar ...booommmm...dia telah melanggar sebuah MYVI seorang lelaki India. Oleh sebab kesuntukan masa masing2 hanya bertukar2 nombor telefon dan berjanji akan setel bila urusan masing2 selesai.. 
Petang tu kami fikir macam mana nak buat. India tu dah 2-3 kali call minta suami bayar seribu lebih jugak la ..kos dia nak baiki kereta. Mcm mana dengan kereta suami aku pulak??? hmmm tak boleh jadi ni... Aku call semua talian hayat yang ada untuk minta pendapat. Korang tengok konklusi yang aku dapat daripada pendapat2 dia org:

1. Report polis
2. Kedua2 pihak boleh Claim insurans

Tapi dia orang kata, aku akan kena compound nanti tak kirala. salah ke tak salah ke. India tu pun akan kena jugak. So sekarang ni suami aku otw ke balai polis. Nanti aku citer yer apa jadi... sbb aku nak tanya mak cik google pulak... apa tindakan kita jika berlaku kemalangan? okay...see u soon...

Selasa, 16 Oktober 2012

AKU,SAYA ATAU I

Saya kerap juga bertandang ke blog blogger lain. Ada yang berbahasa santai, dengan menggunakan kata ganti nama aku, ada yang menggunakan saya dan ada yang guna I saja.

Walaupun maksudmya sama tetapi kesannya di hati pembaca adalah berbezakan...Penggunaan aku menunjukkan gaya santai, tidak formal dan lebih dekat. Saya pula, lebih sopan tapi nampak agak formal dan ada jurang antara pembaca dan penulis.
Bagaimana pula dengan  I ?. hurmmmmmm......  lu fikir la sendiri...hehheeh...

Memandangkan saya ingin berada dekat di hati pembaca semua. maka hari ini secara rasminya saya akan membahasakan diri saya sebagai "aku". Janganlah ada yang beranggapan saya tidak sopan atau sebagainya. Tiada niat di hati untuk bertindak tidak sopan.

Aku stop dulu...hheeeheeeeh....hingga jumpa lagi!

Ahad, 14 Oktober 2012

Muzium Tentera Udara


Sebenarnya dah 2 minggu kita orang pergi tempat ni tapi terlupa nak update kat blog ni. Tempat ni menarik jugak la  especially bawa anak lelaki...teruja gitu.. Yang penting tempat ni tak jauh...so bagi orang yang dalam tempoh rawatan seperti saya ni amat sesuai. Banyak jugak la kami posing amik gambar kat sana. Bila dah agak panas kami pun beransur pulang. Nasihat saya kalau nak pergi tempat ni, better waktu pagi atau petang sebab ada banyak juga la pesawat pejuang ni di tempatkan di tengah2 padang. Imagine la kalau melawat tengah hari rembang. kannnn.....Mau berpeluh ketiak.




Masuk adalah PERCUMA. Jadi bawak la berapa ramai pun ...hahahaha

Khamis, 11 Oktober 2012

Sabah Snake Grass




Memandangkan kebanyakan orang yang saya temui bercerita tentang kebaikan pokok Sabah Snake Grass atau Belalai Gajah sebagai penawar kanser maka saya turut membeli anak pokok dan menanamnya di dalam pasu. Pokok jenis ini amat mudah tumbuh walaupun hanya ditanam di dalam pasu. Kalau di dalam di atas tanah, maka lebih cepat ia membiak. Pokok ini amat terkenal dalam kalangan masyarakat china. Ia boleh dijadikan jus bersama epal hijau, dijadikan teh atau dimakan sebagai ulam. Mudahkan....





Inilah gambar pokok Belalai Gajah. 



Setelah dijadikan jus...

Jadi, inilah minuman yang saya ambil setiap pagi...mudah-mudahan penyakit saya akan sembuh sepenuhnya. InsyaAllah. Saya juga berharap akan lebih banyak kajian dibuat tentang kebaikan pokok ini terhadap pesakit kanser. 

Isnin, 8 Oktober 2012

Hari radioterapi dibatalkan



Hari ini, radio dibatalkan kerana tiada letrik. Yer ker...heheh kena tanya PPUM okay.  Saya dah hampir sampai di hospital apabila dihubungi oleh nurse. Alamak, nak kena patah balik, penat jer  siap pagi2. Hehehe. Nak balik sambung tidur ...ooopsss...update blog kejap..

Walaupun saya nampak sihat sahaja akhir-akhir ini tapi rasa keletihan yang melampau di waktu petang membuatkan banyak aktiviti yang tergendala.

Waktu pagi pula banyak masa dihabiskan menjalani radioterapi. Radioterapi tidaklah mengambil masa yang lama sebenarnya tetapi masa perjalanan, mencari parking dan menunggu membuatkan separuh hari dihabiskan begitu saja. 



Khamis, 20 September 2012

Radioterapi

Hari ini merupakan hari pertama saya menjalani radioterapi. Saya agak gentar kerana seringkali memikirkan apakah kesannya nanti pada diri saya. Proses ini hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit dan tidak menyakitkan. 


Apabila pulang ke rumah saya berasa sangat letih. Saya tertidur sehingga ke petang. Esok radioterapi ke-2 dan seterusnya hinggalah 23 kali setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad. Hurmm...tiap-tiap harilah ke hospital nampaknya..

Rabu, 19 September 2012

Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak


Anak kedua telah berjaya melanjutkan pelajaran- Degree in Science Architecture di Uitm.  Pada 30 Ogos 2012, dalam perjalanan menghantar anak ke Uitm Seri Iskandar, kami singgah di Kellie's Castle, Batu Gajah Perak. Kellie's Castle telah dibina pada tahun 1910 oleh  William Kellie Smith. Bangunan ini dibina mengikut rekabentuk sebuah istana Moghul di bandar Agra, India. 


Gambar  dari sisi...


                                                            Gambar hadapan...

Bayaran masuk adalah RM4 seorang. Jika membawa anak-anak, elok anda sediakan maklumat secukupnya andai mereka bertanya kerana pengunjung tidak diberi apa-apa penerangan tentang sejarah tempat ini sama ada melalui brosur atau informasi. Mungkin di masa hadapan diharapkan pihak pengurusan menyediakan lebih banyak informasi apabila projek penambahbaikan siap di bina :-) 

Selasa, 18 September 2012

Mamogram, ultrasound dan biopsi


Januari 2012

Saya mula didiagnosis sebagai pesakit kanser payudara pada bulan Januari 2012. Namun begitu saya telah melalui proses pengesanan awal sejak Disember 2011. Saya menyedari terdapat ketulan kecil seakan-akan urat yang bersimpul di payudara sebelah kiri saya. Saya memang membuat pemeriksaan sendiri payudara pada setiap bulan jadi kelainan ini menimbulkan tanda tanya di dalam diri saya. Saya tertanya-tanya!! 

Selepas period seterusnya saya memeriksa sekali lagi dan ketulan tersebut masih ada dan semakin tebal. Selepas percutian hujung tahun bersama keluarga, saya berjanji pada diri saya untuk mendapatkan rawatan. 

Januari 2011 apabila saya mula kembali bekerja, saya mengambil sehari off untuk ke PPUM. Kebetulan pada hari tersebut diadakan pemeriksaan payudara. Saya menunggu giliran dengan sabar. Memang ramai orang tetapi saya tidak kisah kerana  membawa bacaan yang secukupnya. Saya meminta untuk diperiksa oleh doktor perempuan. Apabila nombor saya dipanggil saya masuk ke bilik doktor. Seorang doktor wanita yang kecil molek menyambut saya dengan mesra. Saya diperiksa dengan teliti, sopan dan lemah lembut. Di dalam hati saya berkata .."inilah doktor yang saya mahu" . 

Doktor memaklumkan bahawa memang terdapat ketulan tetapi dalam anggaran saiz yang kecil iaitu 1.2cm. Saya diarahkan segera membuat mamogram. Selesai membuat mamogram, saya diberitahu saya disyaki dan perlu membuat ultrasound untuk kepastian. Di sana saya diperiksa dan diberitahu memang terdapat ketulan dan beberapa cycst di payudara saya...






Saya diarahkan membuat biopsi. File saya dicatat "urgent". Saya mulai resah gelisah. Temujanji saya dibuat serta-merta keesokan harinya. Saya sedikit gentar.  Malam tersebut saya mencari sebanyak mungkin maklumat tentang prosedur biopsi. Jika sebelum ini saya bersendirian ke hospital tetapi kali ini saya membawa suami. Ya...saya gentar. Alhamdulilah ...Saya menjalani 'core biopsi' tanpa sebarang masalah. 

Apabila pulang ke rumah, saya merasa agak sakit tapi saya cuba bertenang...namun ketenangan saya tidaklah seperti yang saya harapkan kerana debaran menunggu 'result' biopsi tersebut. Doktor memaklumkan bahawa pihak hospital akan menelefon saya untuk datang apabila keputusan telah sedia. Namun tiada siapa menelefon saya sehinggalah hari temu janji saya. 





Apabila tiba hari untuk mengambil keputusan dan berjumpa doktor, saya sangat risau. Saya pujuk hati saya. Tiada sesiapa di dalam keluarga saya mengidap kanser, period pertama saya apabila saya berusia 14 tahun, saya tidak mengamalkan pil perancang...bla!bla!.. jadi kemungkinan saya mendapat kanser adalah rendah.

Apabila dipanggil masuk ke bilik doktor, saya agak resah. Doktor meminta saya berbaring untuk memeriksa kesan biopsi tempohari. Setelah selesai doktor meminta saya duduk dan mengatakan " keputusan tempohari......" Saya tidak mendengar apa lagi yang dikatakan oleh doktor kecuali perkataan KANSER. Ya Allah! Di hadapan saya terbayang tiga orang anak, permata hati saya. Bagaimana!!! bagaimana jika saya.... 
Doktor memegang tangan saya. Saya cuba bertenang, suara saya bergetar menahan sebak di dada. 

Soalan pertama saya setelah saya sedikit tenang, " Doktor, di tahap berapakah kanser saya". Dengan suara memujuk doktor mengatakan berpandukan saiz tumor, kanser saya di Tahap 1 tetapi semuanya bergantung kepada keputusan pembedahan nanti.  Doktor menjelaskan satu persatu rawatan yang bakal saya lalui. Buat masa sekarang doktor hanya menyebut lumpektomi (pembedahan membuang ketulan dan tisu sekitarnya) diikuti radioterapi sebulan selepas pembedahan nanti. Saya pasrah!

Kanser Payudara




Kanser Payudara merupakan sejenis kanser yang paling digeruni oleh wanita. Namun begitu lelaki juga tidak terkecuali namun peratusannya adalah rendah berbanding wanita. Apabila sesiapa sahaja didiagnosis mengidap penyakit ini, sudah tentu anda merasakan bahawa dunia ini seakan-akan berhenti berputar. Begitu jugalah dengan diri saya.

Minggu pertama, fikiran saya hanyalah bertumpu pada perkataan KANSER semata-mata. Dalam kekusutan fikiran saya cuba mendapatkan maklumat secukupnya daripada internet. Saya mengisi pengetahuan saya selengkapnya dengan ilmu tentang kanser. Apa yang saya dapati tidak ramai yang sudi berkongsi cerita dengan orang lain. 

Saya menjumpai banyak artikel yang ditulis oleh orang barat tentang kisah pengalaman mereka. Saya menimba pengetahuan dan panduan daripada cerita-cerita mereka. Namun begitu saya juga ingin tahu pengalaman rakyat Malaysia kerana kita terdedah pada makanan, cuaca dan persekitaran yang hampir sama. Saya sedih kerana tidak banyak maklumat yang saya dapati. 

Justeru itu,  saya mengambil inisiatif dengan menghasilkan blog ini agar dapat berkongsi pengalaman saya dengan kaum wanita di luar sana. Sekiranya anda juga mengalami nasib yang sama seperti saya, alangkah baiknya jika kita dapat berkongsi pengalaman. Jika anda sihat, mungkin anda boleh mengambil langkah berjaga-jaga!

Isnin, 30 April 2012

Kimoterapi kedua



17 April 2012 merupakan kimo saya yang kedua. Saya takut, masih takut. Sekarang mungkin lebih takut. Kenapa??? 
Saya sudah tahu bagaimana kesannya terhadap diri saya.  Pada 16 April saya memberitahu doktor semua kesan sampingan yang saya hadapi semasa kimo pertama dulu: 1) muntah yang teruk 2) Perut saya seperti bergelora- tsunami 3) lesu 4) saya recover dalam masa hampir seminggu. Doktor memberitahu muntah saya boleh diatasi. Mungkin ubat tahan muntah yang diberi dulu tidak berkesan pada saya. Jadi kali ini doktor suruh saya beli sendiri Emend yang berharga RM253. Ubat ini hanya tiga biji. Sebiji diambil sebelum kimo dan sebiji di hari kedua dan sebiji pada hari  ketiga.




Alhamdulilah, saya tidak muntah langsung kali ini. Tapi loya saya tetap ada. Saya cuba muntah supaya hilang loya dan rasa lega sebagaimana saya rasa pada kimo dulu…muntah,muntah, muntah…legaaaaa…..
Saya hanya loya tapi tidak muntah. So saya boleh makan. Malangnya selepas hari ketiga saya mula sakit tekak. Nak telan pun sukar. Kemudiannya dikuti ulcer di lidah, bibir sebelah dalam, pipi sebelah dalam mulut. Siksanya. Saya tidak lagi rasa nak makan jadi suami saya membeli bubur Mc Donald. Jadi setiap hari, inilah menu saya di samping yogurt dan jus epal. Walaupun makanan yang lembut, saya masih sukar saya nikmatinya. Saya makan sambil mata dipenuhi air mata kerana menahan sakit. 



Saya menghantar sms kepada doktor. Saya tidak mahu ke hospital dan minta doktor beritahu apa yang saya boleh lakukan di rumah. Nasihat doktor mudah saja…solution..kumur. Tapi doktor mengingatkan jika suhu badan tinggi saya mesti ke hospital. Mujur saya tidak demam. Saya lebih selesa berkumur air suam bercampur garam, minum air zam-zam (stok kat rumah dah habis jadi suami beli dekat kedai Al-Hidayah). Keadaan saya sangat lemah lebih lemah dari kimo pertama. Lesu hampir 2 minggu. Satu perkara yang ingin saya kongsi di sini ialah, saya gemar makan buah manggis setiap kali kimo. Manggis membantu mengurangkan panas badan saya. 





1 Mei 2012 saya semakin sihat walaupun ulcer masih ada. Saya sudahpun membuat temujanji dengan doktor untuk memberitahu keadaan saya esok jam 8 pagi. Semalam staff nurse menelefon suami saya bertanyakan keadaan saya setelah memberitahu doktor permintaan saya untuk bertemu doktor esok. Saya bersyukur kerana pihak PPUM  sentiasa mengambil berat keadaan saya. Lupa saya maklumkan doktor saya juga botak.hee..heee. tapi bukan kerana dia pesakit kanser tetapi dia memilih untuk botak. Selesa katanya. Jadi doktor ini selalu bergurau dengan saya dan suami setiap kali bertemu dengannya. Kali pertama saya berjumpa doktor lelaki cina botak ini, dalam hati saya kata,,,sesuai betul dia jadi pakar oncologist. Ha.haa. Walaupun pertama kali bertemu dulu, saya bertanya “ kepala doktor tak sejuk ka tak ada rambut?” Apalah punya soalan, kepala doktor pun saya nak tanya….haahaaaahaaa. Ya lah saya juga akan jadi botak jugak…so semua saya tanya…



Kimoterapi Pertama



Pada pagi 26 April saya perlu ke  hospital untuk pengambilan darah dan petangnya sesi perjumpaan dengan doktor. Memandangkan esok adalah kimo pertama saya, sesi education bersama staff nurse turut diadakan.  Kesemua apa yang disampaikan langsung tidak dapat menenangkan saya malah saya menjadi sangat risau memikirkan esok saya akan di kimo. Seharian saya di hospital dan saya sangat penat. Sebelum pulang, saya meninjau bilik kimo untuk menenangkan saya. Di situ, saya melihat beberapa pesakit lain yang sedang menjalani kimoterapi. Ada yang baring ada yang duduk. Aduh….

Keesokannya saya bersama suami menuju ke hospital. Terus terang saya katakana, saya berasa seolah-olah saya akan dipaksa duduk di atas “electrical chair” dan seterusnya badan sayan akan dialirkan dengan racun. Saya takut. “Ya Allah, selamatkanlah aku”.



Apabila nama saya dipanggil, jantung saya berdegup kencang. Saya cuba bertenang dan membiarkan jururawat menjalankan tugasnya. Di sebelah saya seorang Pak Cik dalam lingkungan 60-an sedang menjalani kimo. Pak cik itu kelihatan tenang. Saya terfikir, jika pak cik tu boleh…tak kan saya tak boleh kut. Huhu…
Aliran ubatan kimo berjalan selama hampir jam. Saya berasa sedikit kepanasan namun saya diam kerana jururawat telah maklumkan awal tadi. Saya diam. Cuba membaca tapi tiada tumpuan. Akhirnya saya berbual dengan Pak Cik tadi. Rupanya dia mengidap kanser tekak. Katanya selepas kimo dia perlu buat radioterapi pada hari yang sama. Kesannya dia akan mengalami kesukaran untuk makan. Sedihnya saya dengar. 




Setelah selesai, saya pulang ke rumah. Selepas makan tengahari saya tertidur. Apabila terjaga bermulalah episode saya. Saya mula muntah, setiap jam. Rasa nak terkeluar isi perut saya. Saya tidak boleh minum atau makan. Semuanya keluar…malah lebih daripada itu. Memang teruk keadaan saya… lembik. Anak-anak dan suami membantu saya. Saya hanya dapat tidur 3 jam saja dan selebihnya sesi muntah. Lebih teruk daripada alahan mengandungkan anak pertama saya. Keadaan ini berlarutan hingga hari ke 4 dan loya beransur-ansur kurang. Hari ke 6 saya sudah boleh bangun dan mula bersenam. Hari seterusnya saya semakin sihat dan selera makan saya 3 kali ganda dari biasa.

Saya membuat kesimpulan, kesan kimo pada saya ialah loya dan muntah. Saya perlu beritahu doktor. Namun setiap kali saya muntah, saya rasa lega…namun keadaan saya sangat lemah. Saya sedih kerana terpaksa menghadapi semua ini. Saya perlu bersabar…Ya Allah berilah kekuatan dan kesabaran buat diriku..

Keputusan Pathology




Saya perlu ke Breast Cancer Clinic untuk pemeriksaan payu dara selepas seminggu pulang ke rumah. Semasa pemeriksaan, doktor berkata semuanya ok dan pihak hospital akan menelefon saya untuk datang berbincang rawatan seterusnya di unit onkolgi. 2 minggu selepas itu, saya menerima panggilan telefon untuk temujanji.

Semasa bertemu doktor, saya dimaklumkan bahawa kanser saya berada di Tahap 2A.
Invasive,
Size tumor: 1.7cm,
Lymphatic or vascular involvement: present,
Margin of resection: negative,
Hormone receptor: positif,
Estrogen and progesterone: positive
Her2 status: negative
Lymph nodes status: one out of 20 positive

Ini bermakna lymp nodes saya yang dibuang adalah 20. Banyak tu. Hurm...dah buangkan, nak cakap apa lagi namun hanya satu sahaja yang positif kanser. Namun begitu, saya perlu menjalani kimoterapi. Saya merasakan  seperti seketul batu yang besar menghempap kepala saya. Aduh takutnya saya. 6 rounds kesemuanya. Tiga dengan FEC dan 3 lagi Taxotere. Doktor memaklumkan taxotere lebih kuat daripada FEC. Saya risau kesan sampingannya. Selepas selesai rawatan kimo, saya perlu menjalani radioterapi selama 6 minggu dan tamoxifin selama 5 tahun. Panjangnya tempoh rawatan.

Saya resah fikirkan kimo...Bagaimana? Adakah saya mampu menghadapinya? Bla, bla, bla. Bila pulang kerumah saya mula membuat research tentang kesan sampingan ini. Saya menjadi sangat risau apa tah lagi apabila kawan-kawan membayangkan kesannya amat buruk. Saya tidak dapat tidur lena. Tidur saya sering terganggu. Seminggu saya keresahan sehinggalah saya tidak sanggup lagi menanggung keresahan ini berseorangan. Saya e-mail doktor dan bertanya, apa akan jadi jika saya menolak untuk di kimo. Dr. terus membalas email saya pada hari yang sama dan memujuk saya dengan menyatakan anggaplah kesan kimo adalah ketidakselesaan sementara untuk kesan baik jangka panjang.

 Doktor meminta saya datang berjumpanya untuk diberi ubat supaya saya dapat tidur. Saya menemui doktor, dan doktor menerangkan kepada saya tentang kimo dengan lebih lanjut, Dia juga berkata jika kesan sampingan sangat teruk untuk saya, doktor sedia berbincang kaedah lain untuk membantu saya. Saya berasa sedikit lega. Doktor juga bertanya jika saya ingin bertemu seseorang untuk membantu menenangkan saya namun saya menolak kerana saya merasakan saya telah cukup maklumat tentang keadaan saya selepas kimo. 

Keputusan saya akhirnya : YA.
Saya perlu menjalani kimoterapi untuk saya, anak-anak saya, ibu bapa saya, saudara mara saya, rakan-rakan   dan semua insan yang menyayangi saya. Saya berserah kepada Allah. Saya berharap kimo tidaklah seburuk seperti yang saya bayangkan atau seperti apa yang disogokkan kepada saya oleh orang lain.




Lumpektomi




Syukur Alhamdulilah kerana masih memberi kekuatan dan kesihatan yang baik untuk saya terus menulis pengalaman saya  di sini. Kali ini saya akan bercerita tentang pengalaman saya melalui pembedahan lumpektomi ( breast conserving atau breast preservation surgery). Pembedahan ini melibatkan pembuangan ketulan (lump) dan tisu di sekitarnya. Saya bersyukur kerana sekurang-kurangnya payudara saya masih dapat diselamatkan. Alhamdulilah.

Pada 22 Februari saya ke hospital bersama suami. Selepas mendaftar untuk kemasukan wad saya di tempatkan di wad transit. Di sini darah diambil, bertemu dengan doktor dan juga pakar bius. Apabila doktor sampai, payudara diperiksa dan bahagian ketulan di tanda dan kawasan yang akan dibedah dilukis. Haa... dah ada lukisan pulak kat badan. Seterusnya menandatangani borang setelah risiko-risiko yang mungkin berlaku diterangkan. (Part ni tak best... kecut perut)

Lama juga saya di wad transit ini. Makan tengahari di bawa ke sini. Sambil tu saya berkenalan dengan beberapa pesakit kanser payudara yang lain. Mereka merupakan pesakit kes berulang. Huhuhu...rasa risau la pulak.Beberapa jururawat datang membawa soalan soal selidik. Part ni pun tak best... sebab soalan-soalan yang ditanya terlalu banyak dan penat jugak la nak baca. Mood tak ada *sigh*. Anyway jawab la jugak mengenangkan kebaikan jururawat kat sini.

Doktor memaklumkan bahawa selain pembedahan membuang ketulan, beberapa kelenjar limfa (lymp nodes) akan turut dibuang. Saya juga bersetuju untuk memberi beberapa lymp nodes untuk tujuan kajian. Saya berharap pesakit kanser akan datang akan mendapat manfaat daripada kajian ini sebagaimana saya mendapat manfaat hari ini hasil pengorbanan pejuang-pejuang kanser sebelum ini. Jika ingin dibandingkan dengan tahun 70-an dan 80-an, pesakit hari ini mendapat rawatan lebih baik dan berkesan berbanding dahulu. Saya juga berharap lebih banyak kajian dibuat pada masa akan datang untuk mencari penawar kanser atau sekurang-kurangnya meringankan beban pesakit menanggung kesan sampingan rawatan kanser.

Seharian saya di sini dan sepanjang masa ditemani suami. Syukur. Akhirnya dibawa ke wad. Selepas makan malam dan mandi, suami memberitahu dia perlu pulang kerana seharian meninggalkan anak-anak di rumah. Kasihan juga padanya yang seharian penat menunggu. Suami berjanji esok akan datang bersama anak-anak.

Sebelum tidur saya diberi ubat penenang oleh jururawat. Katanya supaya dapat tidur lena. Malangnya saya tidak lena pun. Tidur-tidur ayam sahaja. Mungkin sebab berubah tempat tidur atau memikirkan pembedahan keesokkannya. Entah la...

Keesokannya saya bangun awal dan selepas membersihkan diri, menunggu doktor datang. Tak breakfast..kena puasa sejak 12 malam tadi. Anyway tak lah rasa lapar sangat tapi teringat milo panas di pagi hari :-) Maklum aircond sangat sejuk di sini.

Kemudian datang 2 orang doktor berbangsa cina (doktor perempuan yang saya suka tu dan seorang lagi doktor lelaki yang selalu senyum hingga nampak semua gigi). Hurm... lukis lagi. Hehe..kemudian gel di sapu di payudara. Doktor kata ubat kebas. Turn saya mungkin pukul 2. Puasa la nampaknya hari ni. Beberapa kumpulan doktor pelatih datang . Mereka meminta kebenaran untuk memeriksa payudara. Saya membenarkan kerana mereka masih dalam proses pembelajaran. Memandangkan mereka masih muda dan hampir sebaya dengan anak lelaki sulung saya membuatkan saya terkenang anak saya yang juga sedang menuntut dalam jurusan perubatan di luar negara. Semoga anak saya menjadi doktor yang baik dan memahami perasaan pesakit. Ameen.

Pukul 12 saya di bawa ke bilik radioaktif. Di sana ada beberapa juruteknik, jururawat, dan seorang doktor. Kat sini pengalaman pahit. Bila saya di suruh baring, seorang doktor lelaki melayu bertanya “awak tahu tak kita nak buat apa”. Saya jawab “tidak”. Dia langsung tidak memberitahu atau menjelaskan prosedur ini. Dia cuma memberitahu keliling payudara saya akan di suntik sebanyak 4 kali. Banyaknya! Terus dia ambil jarum dan mula suntik. Akibat terlalu sakit saya tak mampu nak bertanya apa lagi. Saya terfikir untuk apa semua ni??? Saya menangis kali ini…wawawawa!. Setelah selesai suntikan, scan dilakukan dari berbagai sudut. Seram jugak sbb jururawat dan juruteknik meninggalkan saya keseorangan di situ sebab takut radioaktif. Huhu saya pun nak lari jugak...

Setelah selesai, saya diberitahu akan terus dibawa ke dewan pembedahan. Saya minta kebenaran untuk bertemu suami dan anak-anak terlebih dahulu, bukan terus ke dewan bedah. Ini apa yang doktor perempuan cina yang saya suka tu beritahu. Saya akan diberi masa bertemu keluarga saya sebelum dibedah. Apabila berpeluang saya bertanya doktor perempuan ini, kenapa saya disuntik yang menyakitkan itu. Doktor memberitahu prosedur itu ialah menyuntik radioaktif di sekitar puting payudara. Ia akan diserap untuk membantu doktor mengidentifikasikan lymp nodes yang harus dibuang semasa pembedahan nanti. Sentinel biopsy katanya. Apapun pengalaman pahit itu telah berlalu saya tidak dapat melupakan kesakitannya sehingga sekarang. Macam tak letak ubat kebas pun. Saya berharap orang lain tidak merasa seperti apa yang saya rasa.

Saya bertemu anak-anak dan suami. Mereka mengiringi saya hingga ke dewan bedah. Saya nampak anak-anak menangis. Mata suami juga merah menahan kesedihan. Sayang jugak dia dekat saya…hee,,hee. Suatu perkara yang saya pelik, saya begitu tenang sekali. Mungkin ubat penenang semalam, baru memberi kesan pada saya. Saya memegang tangan anak bongsu, dan berkata “jangan risau. Kita akan jumpa lagi 2 setengah jam dari sekarang. Sementara menunggu, pergilah makan-makan dahulu dengan papa. Bila dah selesai makan, mama akan tunggu di wad” Itu janji saya.

Semasa di dewan bedah, saya dipakaikan topi (macam shower cap.hehe). Lepas tu saya tak sedar apa-apa lagi. Saya cuma sedar dan terasa lemas bila ada bantuan oksigen tu. Kemudian saya terlelap lagi dan sedar bila nama saya dipanggil beberapa kali. Setelah keadaan saya stabil dan tidak perlu bantuan oksigen lagi, saya disorong ke wad. Di sana, anak perempuan saya sedang menunggu. Kemudian saya nampak anak lelaki dan suami saya. Paling mengembirakan ibu saya juga ada bersama. Saya bertanya “mak, abah mana??” lepas tu saya muntah…wekkk kerana kesan bius masih ada. Lucunya nurse tak sempat nak tadah...jadi mereka capai apa yang sempat. Tupperware yang kebetulan ada kat side table  jadi mangsa…heee

Saya masih belum boleh makan apa-apa. Sudah dua kali saya muntah. Malamnya baru saya dapat makan bubur nasi dan minum milo. Legaaa... Saya belek diri saya. Ada wayar di sisi. Ada dua botol aliran cecair dan darah. Uishhh... Jadi setiap kali nak ke tandas..saya kena bawak 2 botol tu…. Malam tu, anak perempuan tunggal saya menemani saya di wad. Takut mama jatuh kat bilik air katanya. (Terasa disayangi..heee). Malamnya saya mula skype dengan anak lelaki saya di luar negara. Kebetulan ada wifi di wad jadi kami dapat berhubung. Syukur Alhamdulilah semuanya selamat..



Botol aliran cecair dan darah yang terpaksa saya bawa ke mana-mana saja pergi...hahaha


 Aduhhh...tangan saya lebam..... Nombor tu adalah tarikh saya dibedah 
23 Feb 2012


Keesokkannya, doktor datang melawat. Keadaan saya ok cuma aliran tersumbat. Doktor mengurut payudara saya mungkin takut darah membeku di situ. Ngeri saya. Sebenarnya saya tidak tahu bagaimana keadaan payudara saya kerana berbalut. Doktor menanggalkan balutan dan spray kea rah payudara supaya kawasan yang dibedah tidak terkena air. Doktor kata boleh mandi seperti biasa selepas ini kerana spray tersebut melindungi payudara saya daripada air. Tapi saya tak mandi. Saya lap sahaja sebab takut.

Kemudian seorang breast cancer survivor datang melawat saya. Dia dari BCWA iaitu sebuah persatuan kanser di Malaysia. Dia memberi semangat dan kit bag yang mengandungi risalah tentang persatuan dan penyakit kanser. Saya juga diberi beg untuk isi 2 botol tu…hehe. Elok sikit la daripada beg plastik tu. Terima kasih ya. Saya gembira bertemu orang senasib dengan saya tapi telah sihat dan berfikiran positif. Saya akan join persatuan ini bila saya sihat nanti. Itu janji saya padanya. Saya juga ingin membantu insan lain…InsyaAllah.

Saya di wad selama 5 hari selepas hari pembedahan. Sebenarnya doktor kata, saya boleh balik jika mahu. Kalau aliran masih banyak, bawa botol balik rumah. Biarlah saya di hospital sampai botol dan wayar tu dikeluarkan. Saya ngeri sebenarnya tengok wayar tu.

Sebelum pulang nurse datang keluarkan wayar botol tu. Panjang jugak rupanya wayar tu. Saya tak dapat bayangkan bagaimana dia melilit dalam badan saya. Nak keluarkan pun hurmm…dua tiga kali saya tarik nafas. Yeah…dah boleh balik. Di rumah mak masak sup ikan haruan. Nampaknya menu saya ikan haruan la minggu ni. Saya makan dengan banyak. Selera saya juga baik. Alhamdulilah. 



Mak berada di rumah saya selama seminggu. Selama itulah mak yang masak dan kadang-kadang suami masak sebab kesian tiap-tiap hari mak kena masak. Terima Kasih mak! Terima kasih jugak pada adik saya yang membawa pati ikan haruan. Walaupun saya tak mampu menghabiskan semuanya tapi saya telah minum sebahagian daripada jumlah yang dibawa. Saya lebih rela sup ikan haruan daripada patinya..uh. Saya makan banyak buah-buahan terutama oren. Saya semakin sihat...syukur Alhamdulilah.

Ucapan Terima Kasih
Saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada kawan-kawan, saudara mara, sepupu-sepupu  yang melawat saya dan mengisi hari siang saya di wad dengan cerita-cerita menarik yang membuatkan saya terlupa seketika kesakitan saya. Tidak lupa juga pada team doktor yang terlibat dalam pembedahan ini. Apa yang saya boleh katakan pembedahan ini tidak meninggalkan banyak perubahan pada payudara saya.. Syukur Alhamdulilah.