Pages

Labels

Isnin, 30 April 2012

Lumpektomi




Syukur Alhamdulilah kerana masih memberi kekuatan dan kesihatan yang baik untuk saya terus menulis pengalaman saya  di sini. Kali ini saya akan bercerita tentang pengalaman saya melalui pembedahan lumpektomi ( breast conserving atau breast preservation surgery). Pembedahan ini melibatkan pembuangan ketulan (lump) dan tisu di sekitarnya. Saya bersyukur kerana sekurang-kurangnya payudara saya masih dapat diselamatkan. Alhamdulilah.

Pada 22 Februari saya ke hospital bersama suami. Selepas mendaftar untuk kemasukan wad saya di tempatkan di wad transit. Di sini darah diambil, bertemu dengan doktor dan juga pakar bius. Apabila doktor sampai, payudara diperiksa dan bahagian ketulan di tanda dan kawasan yang akan dibedah dilukis. Haa... dah ada lukisan pulak kat badan. Seterusnya menandatangani borang setelah risiko-risiko yang mungkin berlaku diterangkan. (Part ni tak best... kecut perut)

Lama juga saya di wad transit ini. Makan tengahari di bawa ke sini. Sambil tu saya berkenalan dengan beberapa pesakit kanser payudara yang lain. Mereka merupakan pesakit kes berulang. Huhuhu...rasa risau la pulak.Beberapa jururawat datang membawa soalan soal selidik. Part ni pun tak best... sebab soalan-soalan yang ditanya terlalu banyak dan penat jugak la nak baca. Mood tak ada *sigh*. Anyway jawab la jugak mengenangkan kebaikan jururawat kat sini.

Doktor memaklumkan bahawa selain pembedahan membuang ketulan, beberapa kelenjar limfa (lymp nodes) akan turut dibuang. Saya juga bersetuju untuk memberi beberapa lymp nodes untuk tujuan kajian. Saya berharap pesakit kanser akan datang akan mendapat manfaat daripada kajian ini sebagaimana saya mendapat manfaat hari ini hasil pengorbanan pejuang-pejuang kanser sebelum ini. Jika ingin dibandingkan dengan tahun 70-an dan 80-an, pesakit hari ini mendapat rawatan lebih baik dan berkesan berbanding dahulu. Saya juga berharap lebih banyak kajian dibuat pada masa akan datang untuk mencari penawar kanser atau sekurang-kurangnya meringankan beban pesakit menanggung kesan sampingan rawatan kanser.

Seharian saya di sini dan sepanjang masa ditemani suami. Syukur. Akhirnya dibawa ke wad. Selepas makan malam dan mandi, suami memberitahu dia perlu pulang kerana seharian meninggalkan anak-anak di rumah. Kasihan juga padanya yang seharian penat menunggu. Suami berjanji esok akan datang bersama anak-anak.

Sebelum tidur saya diberi ubat penenang oleh jururawat. Katanya supaya dapat tidur lena. Malangnya saya tidak lena pun. Tidur-tidur ayam sahaja. Mungkin sebab berubah tempat tidur atau memikirkan pembedahan keesokkannya. Entah la...

Keesokannya saya bangun awal dan selepas membersihkan diri, menunggu doktor datang. Tak breakfast..kena puasa sejak 12 malam tadi. Anyway tak lah rasa lapar sangat tapi teringat milo panas di pagi hari :-) Maklum aircond sangat sejuk di sini.

Kemudian datang 2 orang doktor berbangsa cina (doktor perempuan yang saya suka tu dan seorang lagi doktor lelaki yang selalu senyum hingga nampak semua gigi). Hurm... lukis lagi. Hehe..kemudian gel di sapu di payudara. Doktor kata ubat kebas. Turn saya mungkin pukul 2. Puasa la nampaknya hari ni. Beberapa kumpulan doktor pelatih datang . Mereka meminta kebenaran untuk memeriksa payudara. Saya membenarkan kerana mereka masih dalam proses pembelajaran. Memandangkan mereka masih muda dan hampir sebaya dengan anak lelaki sulung saya membuatkan saya terkenang anak saya yang juga sedang menuntut dalam jurusan perubatan di luar negara. Semoga anak saya menjadi doktor yang baik dan memahami perasaan pesakit. Ameen.

Pukul 12 saya di bawa ke bilik radioaktif. Di sana ada beberapa juruteknik, jururawat, dan seorang doktor. Kat sini pengalaman pahit. Bila saya di suruh baring, seorang doktor lelaki melayu bertanya “awak tahu tak kita nak buat apa”. Saya jawab “tidak”. Dia langsung tidak memberitahu atau menjelaskan prosedur ini. Dia cuma memberitahu keliling payudara saya akan di suntik sebanyak 4 kali. Banyaknya! Terus dia ambil jarum dan mula suntik. Akibat terlalu sakit saya tak mampu nak bertanya apa lagi. Saya terfikir untuk apa semua ni??? Saya menangis kali ini…wawawawa!. Setelah selesai suntikan, scan dilakukan dari berbagai sudut. Seram jugak sbb jururawat dan juruteknik meninggalkan saya keseorangan di situ sebab takut radioaktif. Huhu saya pun nak lari jugak...

Setelah selesai, saya diberitahu akan terus dibawa ke dewan pembedahan. Saya minta kebenaran untuk bertemu suami dan anak-anak terlebih dahulu, bukan terus ke dewan bedah. Ini apa yang doktor perempuan cina yang saya suka tu beritahu. Saya akan diberi masa bertemu keluarga saya sebelum dibedah. Apabila berpeluang saya bertanya doktor perempuan ini, kenapa saya disuntik yang menyakitkan itu. Doktor memberitahu prosedur itu ialah menyuntik radioaktif di sekitar puting payudara. Ia akan diserap untuk membantu doktor mengidentifikasikan lymp nodes yang harus dibuang semasa pembedahan nanti. Sentinel biopsy katanya. Apapun pengalaman pahit itu telah berlalu saya tidak dapat melupakan kesakitannya sehingga sekarang. Macam tak letak ubat kebas pun. Saya berharap orang lain tidak merasa seperti apa yang saya rasa.

Saya bertemu anak-anak dan suami. Mereka mengiringi saya hingga ke dewan bedah. Saya nampak anak-anak menangis. Mata suami juga merah menahan kesedihan. Sayang jugak dia dekat saya…hee,,hee. Suatu perkara yang saya pelik, saya begitu tenang sekali. Mungkin ubat penenang semalam, baru memberi kesan pada saya. Saya memegang tangan anak bongsu, dan berkata “jangan risau. Kita akan jumpa lagi 2 setengah jam dari sekarang. Sementara menunggu, pergilah makan-makan dahulu dengan papa. Bila dah selesai makan, mama akan tunggu di wad” Itu janji saya.

Semasa di dewan bedah, saya dipakaikan topi (macam shower cap.hehe). Lepas tu saya tak sedar apa-apa lagi. Saya cuma sedar dan terasa lemas bila ada bantuan oksigen tu. Kemudian saya terlelap lagi dan sedar bila nama saya dipanggil beberapa kali. Setelah keadaan saya stabil dan tidak perlu bantuan oksigen lagi, saya disorong ke wad. Di sana, anak perempuan saya sedang menunggu. Kemudian saya nampak anak lelaki dan suami saya. Paling mengembirakan ibu saya juga ada bersama. Saya bertanya “mak, abah mana??” lepas tu saya muntah…wekkk kerana kesan bius masih ada. Lucunya nurse tak sempat nak tadah...jadi mereka capai apa yang sempat. Tupperware yang kebetulan ada kat side table  jadi mangsa…heee

Saya masih belum boleh makan apa-apa. Sudah dua kali saya muntah. Malamnya baru saya dapat makan bubur nasi dan minum milo. Legaaa... Saya belek diri saya. Ada wayar di sisi. Ada dua botol aliran cecair dan darah. Uishhh... Jadi setiap kali nak ke tandas..saya kena bawak 2 botol tu…. Malam tu, anak perempuan tunggal saya menemani saya di wad. Takut mama jatuh kat bilik air katanya. (Terasa disayangi..heee). Malamnya saya mula skype dengan anak lelaki saya di luar negara. Kebetulan ada wifi di wad jadi kami dapat berhubung. Syukur Alhamdulilah semuanya selamat..



Botol aliran cecair dan darah yang terpaksa saya bawa ke mana-mana saja pergi...hahaha


 Aduhhh...tangan saya lebam..... Nombor tu adalah tarikh saya dibedah 
23 Feb 2012


Keesokkannya, doktor datang melawat. Keadaan saya ok cuma aliran tersumbat. Doktor mengurut payudara saya mungkin takut darah membeku di situ. Ngeri saya. Sebenarnya saya tidak tahu bagaimana keadaan payudara saya kerana berbalut. Doktor menanggalkan balutan dan spray kea rah payudara supaya kawasan yang dibedah tidak terkena air. Doktor kata boleh mandi seperti biasa selepas ini kerana spray tersebut melindungi payudara saya daripada air. Tapi saya tak mandi. Saya lap sahaja sebab takut.

Kemudian seorang breast cancer survivor datang melawat saya. Dia dari BCWA iaitu sebuah persatuan kanser di Malaysia. Dia memberi semangat dan kit bag yang mengandungi risalah tentang persatuan dan penyakit kanser. Saya juga diberi beg untuk isi 2 botol tu…hehe. Elok sikit la daripada beg plastik tu. Terima kasih ya. Saya gembira bertemu orang senasib dengan saya tapi telah sihat dan berfikiran positif. Saya akan join persatuan ini bila saya sihat nanti. Itu janji saya padanya. Saya juga ingin membantu insan lain…InsyaAllah.

Saya di wad selama 5 hari selepas hari pembedahan. Sebenarnya doktor kata, saya boleh balik jika mahu. Kalau aliran masih banyak, bawa botol balik rumah. Biarlah saya di hospital sampai botol dan wayar tu dikeluarkan. Saya ngeri sebenarnya tengok wayar tu.

Sebelum pulang nurse datang keluarkan wayar botol tu. Panjang jugak rupanya wayar tu. Saya tak dapat bayangkan bagaimana dia melilit dalam badan saya. Nak keluarkan pun hurmm…dua tiga kali saya tarik nafas. Yeah…dah boleh balik. Di rumah mak masak sup ikan haruan. Nampaknya menu saya ikan haruan la minggu ni. Saya makan dengan banyak. Selera saya juga baik. Alhamdulilah. 



Mak berada di rumah saya selama seminggu. Selama itulah mak yang masak dan kadang-kadang suami masak sebab kesian tiap-tiap hari mak kena masak. Terima Kasih mak! Terima kasih jugak pada adik saya yang membawa pati ikan haruan. Walaupun saya tak mampu menghabiskan semuanya tapi saya telah minum sebahagian daripada jumlah yang dibawa. Saya lebih rela sup ikan haruan daripada patinya..uh. Saya makan banyak buah-buahan terutama oren. Saya semakin sihat...syukur Alhamdulilah.

Ucapan Terima Kasih
Saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada kawan-kawan, saudara mara, sepupu-sepupu  yang melawat saya dan mengisi hari siang saya di wad dengan cerita-cerita menarik yang membuatkan saya terlupa seketika kesakitan saya. Tidak lupa juga pada team doktor yang terlibat dalam pembedahan ini. Apa yang saya boleh katakan pembedahan ini tidak meninggalkan banyak perubahan pada payudara saya.. Syukur Alhamdulilah.









5 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Slam…sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.memusnahkan dan mematikan sel sel kanser sebanyak 0.6 cm dan 0.8 cm sebulan mgikut dose yang di gunakan..herba warisan ini terlalu berkesan…daun herba warisan…merawat dan membaik pulih…jangan tunggu sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik merawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia…herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi…
    sy cma bntu membantu…sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa…penawar nya telah ada…hubungi sy secepat munkin
    Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh…jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid…orang ada kanser…saya akan membantu merawat hingga sembuh
    NAMA SYARIKAT SAYA…..JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

    BalasPadam
  3. Slam…sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.memusnahkan dan mematikan sel sel kanser sebanyak 0.6 cm dan 0.8 cm sebulan mgikut dose yang di gunakan..herba warisan ini terlalu berkesan…daun herba warisan…merawat dan membaik pulih…jangan tunggu sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik merawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia…herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi…
    sy cma bntu membantu…sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa…penawar nya telah ada…hubungi sy secepat munkin
    Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh…jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid…orang ada kanser…saya akan membantu merawat hingga sembuh
    NAMA SYARIKAT SAYA…..JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

    BalasPadam
  4. Puan kanser tahap berapa? Dah sihat ka?

    BalasPadam
  5. Berapa lama sembuh dari pembedahan? maksudnya boleh menjalani aktiviti harian?

    BalasPadam