Percutian kami bermula di kampung. Sebelum ke kampung kami singgah di Seri Iskandar menghantar anakku kembali ke Uitm. Kemudian kami menuju ke Taiping dan bermalam semalam di sana sebelum bergerak ke Utara. Yeahhhh...aku pulang... Hampir 8 hari jugak la kami bermalam di sana. Nun di utara tanah air. Pantasnya masa berlalu. Setiap hari ada saja aktiviti yang kami lakukan. Anak ku pulak sibuk bermain dengan sepupu-sepupunya. Gembira betul hatinya. Memandangkan di Kedah, hujan setiap hari maka aktiviti agak terhad. Jadi aku sibuk di dapur mencuba beberapa resepi bersama ibuku. Oh indahnya.
Dalam masa yang sama sempat menyiapkan beberapa dokumen yang dikehendaki oleh abah. Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar. Bila suamiku mula menunjukkan muka kebosanan maka kami mencari tempat shopping yang sesuai dan tidak lupa bermain bowling bersama. Ya, kampung pun dah maju. Macam KL jugak, macam-macam ada...
0 ulasan:
Catat Ulasan