Malam tadi kawan lama masa zaman sekolah datang menjenguk aku di rumah. Kalau nak diikutkan memang dah terlalu lama kami tidak bertemu iaitu sejak aku taman persekolahan sekolah menengah lagi. Cuba lah bayangkan lamanya. Kami berborak sakan sambil dia dan suami makan roti canai yang dibawanya...hmmm terima kasih. (actually aku yang minta dia tolong belikan sebab badan aku terasa lemah sangat nak keluar malam-malam ni). Sedar tak sedar jam dah menunjukkan pukul 1.30 pagi. Uishhh....so hari ni aku nap sekejap selepas lunch untuk menghilangkan rasa mengantuk yang amat sangat. Anyway hepi sbb masih ada yang sudi berkunjung dan memberi semangat untuk aku melawan kanser.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan