Pages

Labels

Isnin, 30 April 2012

Kimoterapi kedua



17 April 2012 merupakan kimo saya yang kedua. Saya takut, masih takut. Sekarang mungkin lebih takut. Kenapa??? 
Saya sudah tahu bagaimana kesannya terhadap diri saya.  Pada 16 April saya memberitahu doktor semua kesan sampingan yang saya hadapi semasa kimo pertama dulu: 1) muntah yang teruk 2) Perut saya seperti bergelora- tsunami 3) lesu 4) saya recover dalam masa hampir seminggu. Doktor memberitahu muntah saya boleh diatasi. Mungkin ubat tahan muntah yang diberi dulu tidak berkesan pada saya. Jadi kali ini doktor suruh saya beli sendiri Emend yang berharga RM253. Ubat ini hanya tiga biji. Sebiji diambil sebelum kimo dan sebiji di hari kedua dan sebiji pada hari  ketiga.




Alhamdulilah, saya tidak muntah langsung kali ini. Tapi loya saya tetap ada. Saya cuba muntah supaya hilang loya dan rasa lega sebagaimana saya rasa pada kimo dulu…muntah,muntah, muntah…legaaaaa…..
Saya hanya loya tapi tidak muntah. So saya boleh makan. Malangnya selepas hari ketiga saya mula sakit tekak. Nak telan pun sukar. Kemudiannya dikuti ulcer di lidah, bibir sebelah dalam, pipi sebelah dalam mulut. Siksanya. Saya tidak lagi rasa nak makan jadi suami saya membeli bubur Mc Donald. Jadi setiap hari, inilah menu saya di samping yogurt dan jus epal. Walaupun makanan yang lembut, saya masih sukar saya nikmatinya. Saya makan sambil mata dipenuhi air mata kerana menahan sakit. 



Saya menghantar sms kepada doktor. Saya tidak mahu ke hospital dan minta doktor beritahu apa yang saya boleh lakukan di rumah. Nasihat doktor mudah saja…solution..kumur. Tapi doktor mengingatkan jika suhu badan tinggi saya mesti ke hospital. Mujur saya tidak demam. Saya lebih selesa berkumur air suam bercampur garam, minum air zam-zam (stok kat rumah dah habis jadi suami beli dekat kedai Al-Hidayah). Keadaan saya sangat lemah lebih lemah dari kimo pertama. Lesu hampir 2 minggu. Satu perkara yang ingin saya kongsi di sini ialah, saya gemar makan buah manggis setiap kali kimo. Manggis membantu mengurangkan panas badan saya. 





1 Mei 2012 saya semakin sihat walaupun ulcer masih ada. Saya sudahpun membuat temujanji dengan doktor untuk memberitahu keadaan saya esok jam 8 pagi. Semalam staff nurse menelefon suami saya bertanyakan keadaan saya setelah memberitahu doktor permintaan saya untuk bertemu doktor esok. Saya bersyukur kerana pihak PPUM  sentiasa mengambil berat keadaan saya. Lupa saya maklumkan doktor saya juga botak.hee..heee. tapi bukan kerana dia pesakit kanser tetapi dia memilih untuk botak. Selesa katanya. Jadi doktor ini selalu bergurau dengan saya dan suami setiap kali bertemu dengannya. Kali pertama saya berjumpa doktor lelaki cina botak ini, dalam hati saya kata,,,sesuai betul dia jadi pakar oncologist. Ha.haa. Walaupun pertama kali bertemu dulu, saya bertanya “ kepala doktor tak sejuk ka tak ada rambut?” Apalah punya soalan, kepala doktor pun saya nak tanya….haahaaaahaaa. Ya lah saya juga akan jadi botak jugak…so semua saya tanya…



2 ulasan:

  1. bagaimana pengalaman puan dengan regim kemo Taxotere?
    berapa kos rawatan Taxotere?

    saya juga pesakit kanser seperti puan, cuma stage saya dah yang keempat. Saya terima rawatan kemo regim FEC sahaja untuk 6 cycle dan baru buat pembedahan mastectomi .

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum..moga puan terus tabah..saya doakan kesihatan puan bertambah baik hendaknya.

    BalasPadam