Pada pagi 26 April saya perlu ke hospital untuk pengambilan darah dan
petangnya sesi perjumpaan dengan doktor. Memandangkan esok adalah kimo pertama
saya, sesi education bersama staff nurse turut diadakan. Kesemua apa yang disampaikan langsung tidak
dapat menenangkan saya malah saya menjadi sangat risau memikirkan esok saya
akan di kimo. Seharian saya di hospital dan saya sangat penat. Sebelum pulang,
saya meninjau bilik kimo untuk menenangkan saya. Di situ, saya melihat beberapa
pesakit lain yang sedang menjalani kimoterapi. Ada yang baring ada yang duduk.
Aduh….
Keesokannya saya bersama suami menuju ke hospital. Terus
terang saya katakana, saya berasa seolah-olah saya akan dipaksa duduk di atas “electrical chair” dan seterusnya badan sayan akan dialirkan dengan racun. Saya takut. “Ya
Allah, selamatkanlah aku”.
Apabila nama saya dipanggil, jantung saya berdegup kencang.
Saya cuba bertenang dan membiarkan jururawat menjalankan tugasnya. Di sebelah
saya seorang Pak Cik dalam lingkungan 60-an sedang menjalani kimo. Pak cik itu
kelihatan tenang. Saya terfikir, jika pak cik tu boleh…tak kan saya tak boleh
kut. Huhu…
Aliran ubatan kimo berjalan selama hampir jam. Saya berasa
sedikit kepanasan namun saya diam kerana jururawat telah maklumkan awal tadi. Saya diam. Cuba membaca tapi tiada tumpuan. Akhirnya saya
berbual dengan Pak Cik tadi. Rupanya dia mengidap kanser tekak. Katanya selepas
kimo dia perlu buat radioterapi pada hari yang sama. Kesannya dia akan
mengalami kesukaran untuk makan. Sedihnya saya dengar.
Setelah selesai, saya pulang ke rumah. Selepas makan tengahari
saya tertidur. Apabila terjaga bermulalah episode saya. Saya mula muntah,
setiap jam. Rasa nak terkeluar isi perut saya. Saya tidak boleh minum atau
makan. Semuanya keluar…malah lebih daripada itu. Memang teruk keadaan saya…
lembik. Anak-anak dan suami membantu saya. Saya hanya dapat tidur 3 jam saja
dan selebihnya sesi muntah. Lebih teruk daripada alahan mengandungkan anak
pertama saya. Keadaan ini berlarutan hingga hari ke 4 dan loya beransur-ansur
kurang. Hari ke 6 saya sudah boleh bangun dan mula bersenam. Hari seterusnya
saya semakin sihat dan selera makan saya 3 kali ganda dari biasa.
Saya membuat kesimpulan, kesan kimo pada saya ialah loya dan
muntah. Saya perlu beritahu doktor. Namun setiap kali saya muntah, saya rasa
lega…namun keadaan saya sangat lemah. Saya sedih kerana terpaksa menghadapi
semua ini. Saya perlu bersabar…Ya Allah berilah kekuatan dan kesabaran buat diriku..
slm
BalasPadam*Assalamualaikum, jom sebarkan berita ni sberapa byk yg mgkin utk membantu org yg memerlukan, terima kasih smua..aaminn.*
BalasPadamSy En.Mohd Zuhairi bin Noordin , pengasas produk herba dr hutan. Sy mnjual herba warisan yg mampu mrawat smua jenis kanser dari tahap 1 ke tahap 4 dan utk pengidap resdung kronik. Herba warisan dr hutan belantara ini tak mganggu rwatan kimoterapi. Ia blh diambil smasa rwatan hospital, malah lg baik jika berubat bsama spya lg cpt sembuh. Daun² herba trpilih ini sudah trbukti brkesan kpd rmai pesakit kanser & ianya sukar dijumpai, malah belum ada mna² syarikat yg mngeluarkn herba ini. Ia herba khusus mrawat kanser & resdung yg kronik. Fokus herba ni ialah mbunuh sel kanser hingga ke akar umbi spya kanser tak berulang lg.Jgn biarkan pnyakit menghuni dlm tubuh hingga kronik. Ia akn merebak ke organ lain.Bila dh merebak ia mnyukarkan rawatan. Herba bkn bnda asing lg. Jgn was² lg, sejak beratus thn herba dh digunakn oleh nenek moyang kita. Benda natural tak mganggu rawatan moden. Bkn pesakit kanser pun blh minum utk mencegah kanser. Utk psakit kanser, sy akn bantu hingga sembuh,memberi saranan & motivasi bgaimna utk hadapi kanser. Sy dh jumpa rmai psakit, kita blh brkongsi pndapat utk rawat smpai sembuh. Rmai psakit sy dh sembuh,anda bila lg?
Hubungi utk order & pertnyaan:
*En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570*