Khamis, 21 Februari 2013
Kuih Kasturi/Kuih Kacang
Kuih ni memang telah lama menjadi kegemaran aku sekian lama. Hari ni aku berusaha untuk buat sendiri sebab aku perlu mengurangkan gula dalam diet. Kalau beli tu kadang kadang keras, kadang2 terlalu manis hingga boleh membahayakan kesihatan. Mungkin rupanya tak sama seperti mak buat...tapi kira ok la kan...
Bahan-bahan:
1 cawan kacang hijau [direndam beberapa jam sebelum direbus sehingga empuk]1/2 cawan gula pasir (ikut suka manisnya)
3 sudu besar kelapa parut muda (optional...yang putih sahaja tau)
3 sudu besar tepung gandum
Bahan Batter [Gorengan]
1 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung (optional)
1 sudu kecil kunyit serbuk
1/2 sudu kecil air kapur
air secukupnya
sedikit garam
minyak utk menggoreng
Cara
1. Kacang hijau direbuskan sehingga kacang hijau tu pecah/lembut dan kering airnya.
2. Masukkan kelapa, gula dan tepung gandum. Kacau sebati dan sejukkan.
3. Ambil adunan sedikit dan bentukkan seperti bebola. Leperkan.
4. Bancuhkan bahan batter (goreng) dan celup adunan kuih kacang macam buat goreng pisang tu.
5. Panaskan minyak dan gorengkan kuih kacang yg telah dicelupkan dgn bahan batter sehingga kuning keemasan.
6. Sejukkan dan hidangkan. Nak makan panas2 pun boleh gak :-))
Jumaat, 8 Februari 2013
A Book of Hope
Telah agak lama, aku tidak begitu giat membaca buku-buku tentang kanser. Semalam aku ke library. Anak perempuan aku, mengambil sebuah buku dan tunjukkan pada aku. Hurm...sudah tentu menarik perhatian aku. Inilah bukunya...
Doctor, I have Cancer, Can You Help Me? A book of hope- True stories from the cancer survivor.
Aku pinjam buku ni dari perpustakaan UM. Hari ini seharian aku mentelaah. Memang betul2 a book of hope. True stories, true doctor's experiences...
All cancer survivors, their families and cancer patients should read this book!
Rabu, 6 Februari 2013
Menyepi Diri
Lama benar aku menyepi diri dari blog ini. Terlalu banyak yang perlu dibereskan. Aku juga mempunyai beberapa projek baru yang dijadikan hobi bagi memenuhi masa lapang yang terluang... inilah hasilnya...
Kuih cara kegemaran suami...
Ini acuannya yang aku baru beli. Murah jer. RM8. Tapi hasilnya memang best..tak melekat. Mungkin kuih aku warnanya agak pudar sikit sebab aku gunakan 100% air daun pandan. Asli gitu,,,
Langgan:
Catatan (Atom)