Malam tadi kawan lama masa zaman sekolah datang menjenguk aku di rumah. Kalau nak diikutkan memang dah terlalu lama kami tidak bertemu iaitu sejak aku taman persekolahan sekolah menengah lagi. Cuba lah bayangkan lamanya. Kami berborak sakan sambil dia dan suami makan roti canai yang dibawanya...hmmm terima kasih. (actually aku yang minta dia tolong belikan sebab badan aku terasa lemah sangat nak keluar malam-malam ni). Sedar tak sedar jam dah menunjukkan pukul 1.30 pagi. Uishhh....so hari ni aku nap sekejap selepas lunch untuk menghilangkan rasa mengantuk yang amat sangat. Anyway hepi sbb masih ada yang sudi berkunjung dan memberi semangat untuk aku melawan kanser.
Rabu, 28 November 2012
Sabtu, 24 November 2012
Percutian di Cameron Highlands
Sebelum balik ke KL, kami sempat singgah di Cameron Highlands. Aku turut membawa ibu dan 3 anak saudara ku ke KL. Jadi ramailah rombongan kami ke Cameron Highlands kali ni. Heheheh ...Memang sudah lama kami tidak ke Cameron Highlands. Kali terakhir seingat aku, ketika anak ke dua ku berumur 4 tahun. Sekarang anak aku dah 18 tahun dah.. uishh lamanya. Setiap kali bercuti aku teringat akan anak sulung dan anak ke dua aku yang tidak dapat turut serta kerana belajar. Aku berjanji akan membawa mereka di lain kali. Maaf yer...mama bercuti tanpa kalian..
Cameron Highlands tidak banyak berubah. Yang berubah hanyalah suhunya...tidak lah sejuk sangat diwaktu siang tapi malam nya sangat sejuk. Namun kami suka dan gembira di sana . Itu yang penting. Banyak juga tempat2 yang kami lawati. Antaranya:-
A) STRAWBERRY FARM - Memang terdapat banyak strawberry farm sepanjang perjalanan ke Brinchang dan Tanah Rata.
B) STRAWBERRY SHOP- BRINCHANG
C) BHARAT CAMERON VALLEY
D) HONEY BEE FARM
E) AVANT CHOCOLATE
F) FRUITS AND VEGETABLES STALL
G) AGRO TECHNOLOGY PARK
OTW balik ke KL. Kami singgah mandi manda di Lata Iskandar..:-)

Ice-cream strawberry at Mardi Agro Technology Park
Honey Stall along the way
OTW balik ke KL. Kami singgah mandi manda di Lata Iskandar..:-)
Percutian di Kampung Halaman
Percutian kami bermula di kampung. Sebelum ke kampung kami singgah di Seri Iskandar menghantar anakku kembali ke Uitm. Kemudian kami menuju ke Taiping dan bermalam semalam di sana sebelum bergerak ke Utara. Yeahhhh...aku pulang... Hampir 8 hari jugak la kami bermalam di sana. Nun di utara tanah air. Pantasnya masa berlalu. Setiap hari ada saja aktiviti yang kami lakukan. Anak ku pulak sibuk bermain dengan sepupu-sepupunya. Gembira betul hatinya. Memandangkan di Kedah, hujan setiap hari maka aktiviti agak terhad. Jadi aku sibuk di dapur mencuba beberapa resepi bersama ibuku. Oh indahnya.
Dalam masa yang sama sempat menyiapkan beberapa dokumen yang dikehendaki oleh abah. Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar. Bila suamiku mula menunjukkan muka kebosanan maka kami mencari tempat shopping yang sesuai dan tidak lupa bermain bowling bersama. Ya, kampung pun dah maju. Macam KL jugak, macam-macam ada...
Jumaat, 16 November 2012
Salam Maal Hijrah dan x-ray report
Maafkan aku kerana sudah lama tidak up-date blog ini. Pertama sekali syukur Alhamdulilah kerana hasil x-ray tempohari telah berpihak kepada aku. Report radiologist mengatakan itu adalah bayangan nipple aku, bukan lung nodule seperti report yang dibuat pada kali pertama x-ray dulu. Semasa x-ray kali kedua aku meminta radiographer meletakkan nipple marker pada breast aku. Hasilnya kedudukan bayangan tu memang tepat pada nipple aku.
(Gambar ni aku download dari internet bukannya gambar x-ray aku...hehehehe. Tapi keadaannya lebih kurang begini lah apabila aku repeart x-ray with nipple marker (bintik kecik tu) so confirmlah yang dikatakan nodule tu sebenarnya nipple shadow.
Aku memanjat kesyukuran kepada Allah swt kerana khabar gembira ini. Rasa nak marah jugak pada radiologist yang minta aku buat ct-scan dulu. Dr di oncology meminta aku membatalkan tarikh janji temu untuk ct-scan. Maknanya aku tak perlu buat ct-scan krn tidak ada apa2 yg luar biasa di paru-paru aku. Bayangkanlah beberapa hari aku termenung memikirkan benda ni.
Memandangkan aku sangat happy maka aku, suami dan anak2 pergi bercuti....hehehehe...Ikuti la kisah percutian aku di entry yang berikutnya.

Langgan:
Catatan (Atom)