Pages

Labels

Jumaat, 26 Oktober 2012

Terlepas Flight, Apa yang perlu dilakukan

Pernahkah anda terlepas flight???? Penerbangan antarabangsa pulak tu...huhu...memang stressful. Inilah yang berlaku pada anak aku dua hari lepas. 
Perjalanan dari rumah kami ke KLIA biasanya hanya mengambil masa lebih kurang sejam. Kami keluar agak awal jugak tapi hujan lebat dalam perjalanan hingga tak nampak jalan ditambah pula dengan jam sepanjang jalan (ramai balik kg utk raya) menyebabkan kami sampai sejam jer lagi sebelum penerbangan berlepas. Penerbangan berlepas jam 10, kami sampai jam 9. Kaunter check in dah ditutup seawal 8.40 lagi . So what to do???...wawawa!




Kami bergegas ke kaunter information. Di sana kerani yang bertugas call petugas airline tu. Tanya sama ada bole tak open gate untuk anak aku tapi dorang kata dah tak boleh dah...huhuh

Ini ada beberapa tip untuk anda berdasarkan pengalaman kami. Jangan panik sebab tiket anda tidak akan 'burn'. Masa tu tiket anak aku under MAS la,,,so kami pergi ke kaunter MAS di kaunter C dan D dan rebook semula tiket tu for the next flight. 

Kami hanya kena penalty RM100 sahaja. Mmg la rugikan..tapi kalau tiket burn bertambah la rugi... ribu2 ooo.....Hahahaha. Tiket anak aku di rebook keesokkan harinya pada masa yang sama. So kami balik la rumah dulu. Dapat la aku sembang2 lagi sehari dengan anak aku tu... hehehe

Tip dari aku kalau keadaan ni berlaku pada korang:

1. Jangan panik
2. Pergi ke information kaunter, minta dia org call tanya sama ada boleh
     masuk lagi ke tak. Kalau tak bole... dapatkan info dekat mana korang    
     boleh  rebook tiket tu semula

3. Pergi ke kaunter utk rebook. Jangan balik rumah dulu sebelum rebook tiket yer...Janganlah nak frust sampai nak rebook hari lain pulak sbb penalty berbeza2 ikut tarikh the next flight tu.

4. Dah dapat tiket baru...... Bon Voyage! hahahaha


Have a nice trip>>>



Lung Nodule or Nipple???

Sejak dua tiga hari ni aku asyik nafas pendek2 saja. Ishh kenapa pulak nih. Aku beritahu Dr. Aku diarahkan buat x-ray. Bila result x-ray keluar aku dimaklumkan ada lung nodule saiz 1.2cm di paru-paru sebelah kiri. Ya Allah, aku hanya tinggal 2 hari saja lagi radio terapi. Kenapa jadi begini. Aku dah buat kimo 6 kali, radioterapi dah 21 kali, makan ubat hormon setiap hari.
Bertalu2 aku tanya doktor, adakah lung nodule tu menunjukkan ianya cancerous. Dr di oncology kata, jangan risau. Katanya BUKAN, kerana lokasinya tepat pada kawasan nipple. Dr kata mungkin itu bayangan nipple aku. Yer ke boleh jadi macam tu. Habis!!! kenapa report radiology mengatakan ada lung nodule. Aku tak faham sungguh!!! Selama ni, aku buat x-ray tak pernah pun jadi macam tu. Setelah semalaman berfikir, aku ambil keputusan untuk buat ct scan dan dijadualkan pada 22 November nanti. Secara jujur mmg aku sangat takut....huhuhuhu....Janganlah sampai kanser aku merebak ke paru-paru pulak.
Aku menaruh harapan yang sangat tinggi untuk sembuh. Aku mengharapkan rahmat dan rahim Allah semoga meringankan beban kesakitan aku dan sembuh sepenuhnya.
Isnin depan aku akan repeat x ray sekali lagi. Mudah2an apa yang dilihat pada x-ray yang lalu tidak ada lagi,,,,,

Sabtu, 20 Oktober 2012

Penyelesaian Kemalangan Kecil

Seperti yang aku janjikan, aku sambung balik cerita tentang suami aku langgar kereta MYVI tu. Malam tu suami dengan anak lelaki aku pergi buat report. Setelah pegawai membuat siasatan, suami aku tidak dikenakan sebarang compound. Alasan tidak pulak diberikan. Tak bersalahlah agaknya...heheheheh .Jadi kira setel la. India tu pun pergi time yang sama sbb dorang dah janji nak jumpa kat sana. So close case!!! Alhamdulilah....

Walau apa pun korang bacalah entry aku sebelum ni sebagai panduan. Malang tidak berbau kan... Jadi tak payahlah bertekak2 di tepi jalan menyalahkan antara satu sama lain. Buang masa saja. Ikut sajalah panduan yang diberikan tu. InsyaAllah segalanya dipermudahkan.....bye....

Jumaat, 19 Oktober 2012

APAKAH PERKARA PERLU KITA BUAT JIKA BERLAKU KEMALANGAN? DAN APAKAH TINDAKAN KITA?


Kadangkala kita lihat apabila berlaku kemalangan, kedua2 pihak sibuk bertelagah sehinggakan berlaku kesesakan. Bukankah menganggu orang lain namanya. Sebagai seorang wanita, saya terpanggil untuk berkongsi info ini kerana kaum hawa biasanya lebih panik. Time tu la kalut nak call suami, call sana, call sini. Sebenarnya kita punya cukup masa untuk menyelesaikannya selagi kemalangan itu tidak melibatkan apa2 kecederaan. Cuma kemek2 saja kan....Info ini saya dapat dari akuanakpahang.blogspot.com


Mungkin malang tidak berbau... bagaimanakah jika sesuatu kemalangan itu telah berlaku? dan apakah tindakan utama kita? Mungkin kita telah berada disituasi panik atau sudah tergamam. Mungkin kita sudah tidak mampu berfikir dan berbuat apa-apa. 



1. APAKAH YANG PERLU ANDA LAKUKAN SEKIRANYA TERLIBAT DALAM KEMALANGAN JALAN RAYA?
Anda hendaklah membuat laporan Polis di Cawangan Trafik atau di mana-mana Balai atau Pondok Polis berhampiran mengikut Seksyen 52 Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987. Petugas di kaunter pertanyaan DIWAJIBKAN menerima repot mengenai kemalangan jalan raya.

2. APAKAH PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU UNTUK MEMBUAT LAPORAN POLIS MENGENAI KEMALANGAN JALAN RAYA?
Anda haruslah mengetahui tarikh, masa, tempat kejadian, bagaimana kejadian kemalangan itu berlaku dan kenderaan terlibat (jika ada) berdasarkan Seksyen 107 Kanun Prosedur Jenayah.

3. APAKAH DOKUMEN YANG ANDA PERLU BAWA SEMASA MEMBUAT LAPORAN POLIS?
Anda haruslah membawa kad pengenalan diri, lesen memandu dan cukai jalan manakala kad pendaftaran kenderaan dan polisi insuran kenderaan boleh diserah kemudian kepada pegawai penyiasat menjalankan siasatan kemalangan jalan raya itu.

4. APAKAH TINDAKAN PEGAWAI PENYIASAT (I.O) SEMASA ANDA MEMBUAT LAPORAN POLIS?
Pegawai Penyiasat / Penolong Pegawai Penyiasat / Ketua Polis Balai atau mana-mana Sarjan di Balai yang menerima repot polis dikehendaki menjalankan siasatan awal bagi semua kes kemalangan jalan raya. Pegawai Penyiasat kes akan merakam percakapan anda dan saksi, mengambil gambar kenderaan terlibat dan mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan serta menjalankan siasatan di tempat kejadian dan menyediakan rajah kasar sekiranya kejadian berlaku di kawasan pentadbiran Balai yang menerima repot.

5. BAGAIMANA JIKA KEMALANGAN JALAN RAYA TELAH BERLAKU DI LUAR DAERAH / KONTINJEN?
Petugas kaunter pertanyaan yang menerima repot polis mengenai kemalangan jalan raya dikehendaki memaklumkan kejadian kepada Balai Trafik daerah berkenaan untuk mendapatkan nombor repot dan nama Pegawai Penyiasat bertugas. Pegawai Penyiasat atau mana-mana Sarjan di Balai yang menerima repot polis dikehendaki menjalankan siasatan awal bagi semua kes kemalangan jalan raya dengan mengambil tindakan merakam percakapan pengadu dan saksi, mengambil gambar kenderaan terlibat dan mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan sebelum menyerahkan dokumen siasatan awal kepada Pegawai Penyiasat Trafik di mana kemalangan tersebut berlaku dan Pegawai Penyiasat Trafik dari daerah di mana tempat kemalangan itu berlaku akan mengambil alih siasatan seterusnya

6. BILA PEGAWAI PENYIASAT (I.O) AKAN MEMAKLUMKAN KEPUTUSAN ATAU PERKEMBANGAN SIASATAN KEMALANGAN?
Untuk kes kemalangan maut dan cedera parah Pegawai Penyiasat akan memaklumkan dalam masa 30 hari selepas kemalangan manakala bagi kemalangan biasa ialah 15 hari selepas kemalangan.

7. BILA DOKUMEN SIASATAN AKAN DIBEKALKAN KEPADA ANDA SETELAH MEMBUAT PEMBAYARAN?
Salinan repot akan dibekalkan serta merta atau tidak melebihi 3 hari bekerja manakala bagi rajah kasar dan gambar kemalangan adalah tidak melebihi 15 hari. 

Dugaan datang dan pergi...silih berganti

Hari ini kereta aku rosak jadi aku pergi PPUM dengan kereta suami. Aku sampai agak lewat, hampir pukul 10.30 dengan ditemani suami tercinta. Selepas menghantar aku, suami ke JPJ renew road tax.Bila urusan selesai, dia datang balik ke klinik radioterapi. No giliran aku 34, nombor yang baru dipanggil 13...hmmm masaklah  nak tungguni!!! Nasib baik ler ada kengkawan radio yang sama2 menunggu giliran maka kami pun borak2lah. 
Bila suami datang, aku minta dia jemput anak di sekolah dulu. Aku beritahu dia, aku balik sendiri nanti. Suami aku tu bukan dia harap sangat kalau aku balik sendiri. Dia selalu kata, nanti aku pengsan la...apa la...Aku paksa dia tinggalkan aku kat situ. 
Bila suami pegi tempat parking dan memandu keluar ...booommmm...dia telah melanggar sebuah MYVI seorang lelaki India. Oleh sebab kesuntukan masa masing2 hanya bertukar2 nombor telefon dan berjanji akan setel bila urusan masing2 selesai.. 
Petang tu kami fikir macam mana nak buat. India tu dah 2-3 kali call minta suami bayar seribu lebih jugak la ..kos dia nak baiki kereta. Mcm mana dengan kereta suami aku pulak??? hmmm tak boleh jadi ni... Aku call semua talian hayat yang ada untuk minta pendapat. Korang tengok konklusi yang aku dapat daripada pendapat2 dia org:

1. Report polis
2. Kedua2 pihak boleh Claim insurans

Tapi dia orang kata, aku akan kena compound nanti tak kirala. salah ke tak salah ke. India tu pun akan kena jugak. So sekarang ni suami aku otw ke balai polis. Nanti aku citer yer apa jadi... sbb aku nak tanya mak cik google pulak... apa tindakan kita jika berlaku kemalangan? okay...see u soon...

Selasa, 16 Oktober 2012

AKU,SAYA ATAU I

Saya kerap juga bertandang ke blog blogger lain. Ada yang berbahasa santai, dengan menggunakan kata ganti nama aku, ada yang menggunakan saya dan ada yang guna I saja.

Walaupun maksudmya sama tetapi kesannya di hati pembaca adalah berbezakan...Penggunaan aku menunjukkan gaya santai, tidak formal dan lebih dekat. Saya pula, lebih sopan tapi nampak agak formal dan ada jurang antara pembaca dan penulis.
Bagaimana pula dengan  I ?. hurmmmmmm......  lu fikir la sendiri...hehheeh...

Memandangkan saya ingin berada dekat di hati pembaca semua. maka hari ini secara rasminya saya akan membahasakan diri saya sebagai "aku". Janganlah ada yang beranggapan saya tidak sopan atau sebagainya. Tiada niat di hati untuk bertindak tidak sopan.

Aku stop dulu...hheeeheeeeh....hingga jumpa lagi!

Ahad, 14 Oktober 2012

Muzium Tentera Udara


Sebenarnya dah 2 minggu kita orang pergi tempat ni tapi terlupa nak update kat blog ni. Tempat ni menarik jugak la  especially bawa anak lelaki...teruja gitu.. Yang penting tempat ni tak jauh...so bagi orang yang dalam tempoh rawatan seperti saya ni amat sesuai. Banyak jugak la kami posing amik gambar kat sana. Bila dah agak panas kami pun beransur pulang. Nasihat saya kalau nak pergi tempat ni, better waktu pagi atau petang sebab ada banyak juga la pesawat pejuang ni di tempatkan di tengah2 padang. Imagine la kalau melawat tengah hari rembang. kannnn.....Mau berpeluh ketiak.




Masuk adalah PERCUMA. Jadi bawak la berapa ramai pun ...hahahaha

Khamis, 11 Oktober 2012

Sabah Snake Grass




Memandangkan kebanyakan orang yang saya temui bercerita tentang kebaikan pokok Sabah Snake Grass atau Belalai Gajah sebagai penawar kanser maka saya turut membeli anak pokok dan menanamnya di dalam pasu. Pokok jenis ini amat mudah tumbuh walaupun hanya ditanam di dalam pasu. Kalau di dalam di atas tanah, maka lebih cepat ia membiak. Pokok ini amat terkenal dalam kalangan masyarakat china. Ia boleh dijadikan jus bersama epal hijau, dijadikan teh atau dimakan sebagai ulam. Mudahkan....





Inilah gambar pokok Belalai Gajah. 



Setelah dijadikan jus...

Jadi, inilah minuman yang saya ambil setiap pagi...mudah-mudahan penyakit saya akan sembuh sepenuhnya. InsyaAllah. Saya juga berharap akan lebih banyak kajian dibuat tentang kebaikan pokok ini terhadap pesakit kanser. 

Isnin, 8 Oktober 2012

Hari radioterapi dibatalkan



Hari ini, radio dibatalkan kerana tiada letrik. Yer ker...heheh kena tanya PPUM okay.  Saya dah hampir sampai di hospital apabila dihubungi oleh nurse. Alamak, nak kena patah balik, penat jer  siap pagi2. Hehehe. Nak balik sambung tidur ...ooopsss...update blog kejap..

Walaupun saya nampak sihat sahaja akhir-akhir ini tapi rasa keletihan yang melampau di waktu petang membuatkan banyak aktiviti yang tergendala.

Waktu pagi pula banyak masa dihabiskan menjalani radioterapi. Radioterapi tidaklah mengambil masa yang lama sebenarnya tetapi masa perjalanan, mencari parking dan menunggu membuatkan separuh hari dihabiskan begitu saja.